Mengikut Ahmad Fadlan, baja semburan ini boleh meningkatkan kemanisan buah seperti mangga , tembikai dan sebagainya. Boleh cuba pada pokok...
Mengikut Ahmad Fadlan, baja semburan ini boleh meningkatkan kemanisan buah seperti mangga, tembikai dan sebagainya. Boleh cuba pada pokok tanaman anda termasuk pokok tin. Tak cuba tak tahu...
Bahan
1. Sediakan bekas air plastik 10 liter yang berisi air tanpa klorin sebanyak 8 liter (boleh guna air telaga, air hujan atau air sungai yang tidak tercemar).
2. Gula merah 500 gram
3. Setengah ketul ragi
Cara membuat
1. Masak gula merah dengan sedikit air sehingga cair dan dinginkan.2. Potong 2 ragi (guna separuh) bancuhan ini.
3. Ambil sebelah potongan ragi. Hancurkan dan masukkan kedalam botol/bekas.
4. Tuang gula merah cair tadi kedalam botol.
5 Tutup rapat.
6. Labelkan tarikh membuat
7. Peram / simpan ditempat gelap dan tidak terkena cahaya mentari.
Air tanpa klorin, gula
merah & ragi
Gula merah yan dimasak
Ragi dibelah dua
Ragi dihancurkan
Ragi dicampur dengan
gula merah
Tutup rapat & simpan
ditempat teduh
Label tarikh di proses
Cara penggunaannya
Sembur awal pagi dan lewat petang. Sembur keseluruhan pokok termasuk pangkalnya. Guna dari peringkat pembungaan sehingga berbuah. Sembur selang seminggu. Lebih kerap lebih manis buahnya nanti. Air bancuhan baja ini boleh juga terus dituang kepangkal pokok.
Catatan
1. Semasa pemeraman perhatikan bekas. Jika mengembung bukakan penutup perlahan-lahan untuk melepaskan gas yang terhasil.
2. Selepas seminggu sudah boleh digunakan.Lebih dari sebulan adalah lebih baik.Guna sebanyak 25-50 ml untuk 10 liter air.